Menurut Pakar, Manusia Mati Boleh Dihidupkan Semula 10 Tahun Lagi..

MICHIGAN, Amerika Syarikat – Seorang pakar di sini mendakwa mayat manusia yang dibekukan menerusi kaedah kriogenik boleh dihidupkan semula dalam tempoh 10 tahun.

Dennis Kowalski, 49, yang juga Presiden Institut Cryonics berkata, usaha-usaha untuk menghidupkan semua mayat manusia sedang giat diusahakan oleh sebilangan saintis.

Pada masa ini, sebanyak 350 mayat individu di serata dunia telah dibekukan di dalam silinder penyimpanan bersuhu rendah selepas mati dengan harapan mereka boleh dihidupkan semula pada masa akan datang.

Kowalski menyatakan usaha menghidupkan semula mayat bergantung kepada kemajuan dalam bidang perubatan moden akan datang.

“Ia bergantung kepada sejauh mana pembangunan teknologi seperti sel induk,” katanya yang menyatakan Institut Cryonics sudah mempunyai hampir 2,000 pelanggan dan 160 mayat dibekukan dalam nitrogen cecair.

Harga pembekuan mayat di Institut Cryonics serendah AS$35,000 (RM138,500).

Sumber: Kosmo Online