Meninggal Dunia Semasa Mengaji Al-Quran Ketika Tunggu Solat Jumaat

TAWAU: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika membaca Al-Quran, sementara menunggu solat Jumaat di Masjid Bandar Tawau di sini, pagi tadi.

Abd Muhlis Daris, 68, dari Kampung Tanjung Batu Keramat Laut, dikatakan sedang mengaji sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di dalam masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata susulan kejadian itu, jemaah lain segera menghubungi ambulans.

“Petugas paramedik yang tiba kemudian mengesahkan warga emas itu telah meninggal dunia.

“Tidak ada unsur jenayah dan difahamkan warga emas itu menghidap penyakit darah tinggi,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Fadil berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber: BH Online