Mengikut Kajian, Pengguna iPhone Paling Miskin, Orang Kaya Lebih Berminat Pilih Huawei

Selalu orang kata siapa pakai iPhone mesti kaya kan? Tapi, kalau korang nak tahu…survey terbaru menunjukkan yang kebanyakan pengguna iPhone ni tak lah kaya seperti yang dikatakan!

Syarikat membuat survey terkenal di China bernama MobData baru-baru ni keluarkan kajian, yang mempunyai maklumat tentang pengguna telefon pintar di China. Apa yang mengejutkan, pengguna iPhone di China kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah atau bahasa kasar dia ‘orang miskin bajet kaya’.

Sebab tu agaknya ramai yang masih menggunakan iPhone 6 dari tahun 2014. Asalkan boleh berlagak and bagitau yang dia pakai iPhone.

Menurut WORLD OF BUZZ, kebanyakan daripada mereka adalah wanita bujang berusia antara 18 hingga 34 tahun, berpendapatan kurang daripada 3,000 Yuan (lebih kurang RM1,800). Mereka juga mempunyai tahap pendidikan yang rendah berbanding dengan pengguna telefon pintar jenama lain dan bekerja sebagai non-professionals.

Selain tu, kajian tersebut turut mendedahkan yang pengguna Apple lebih setia berbanding pengguna jenama yang lain. Malah, 65.7% pengguna Apple akan tetap beli telefon jenama itu jika perlu dapatkan yang baru.

Bagi Huawei pula, kebanyakan pengguna jenama tu adalah lelaki yang sudah berkahwin dan berusia antara 25 hingga 34 tahun. Secara purata, mereka berpendapatan antara 5,000 Yuan hingga 20,000 Yuan (lebih kurang antara RM3,000 hingga RM12,000) serta bekerja dalam bidang profesional. Kebanyakan daripada mereka juga adalah usahawan berjaya!

Xiaomi, iaitu jenama telefon pintar top di China, menunjukkan yang kebanyakan pengguna mereka terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin berpendapatan di antara 5,000 Yuan hingga 10,000 Yuan (lebih kurang RM3,000 hingga RM6,000).Korang rasa orang Malaysia yang guna iPhone pun macam ni jugak ke?

7 Smartphone Terbaik Dengan Bateri Yang Tahan Lebih Lama

1. Samsung Galaxy S8 dan S8+

Samsung semestinya memahami kehendak pengguna kerana telah mencipta smartphone dengan kapasiti bateri sebesar 3000 mAh untuk Galaxy S8 dan 3500 mAh untuk S8 Plus. Bateri handphone S8 boleh tahan selama 14 jam sekiranya menggunakan Wi-Fi, manakala S8 Plus boleh bertahan selama 15 jam. Video playback pun boleh tahan 16 jam dan 18 jam untuk kedua-dua handphone ni. Hebat ke hebat?

2. Huawei Y7 Prime

Peminat android boleh jadikan Huawei Y7 Prime sebagai pilihan kalau nak bateri tahan lama. Y7 Prime ni mempunyai saiz skrin 5.5 inci dengan kapasiti bateri 4000 mAh. Biasanya kalau dulu, smartphone akan guna bateri 3000 mAh je tapi dengan kapasiti bateri yang tinggi ni, korang tak payah risau nak cari powerbank. Sure tahan punyalah bateri.

3. Xiaomi Redmi Note 4

Kini semakin menempa nama, Xiaomi Redmi Note 4 cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan kapasiti bateri 4100 mAh, handphone ni mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi yang tinggi iaitu 1080 x 1920 pixels dan dikatakan boleh bertahan 2 hari! Oleh sebab ni lah, ramai yang recommend handphone ini bagi korang yang suka main game.

4. Asus Zenfone 4 Max Pro

Handphone ni pun tak kurang hebat sebab mempunyai kapasiti bateri sampai mencecah 5000 mAh. Dahlah ada dual kamera, cantik pulak tu, dan siap ada lampu kat depan untuk korang yang suka ambil selfie. Kalau baca dekat blog-blog pun, ramai akan recommend handphone ni sebab bateri dijamin tahan lama. Kalau guna ni, sure tak payah guna powerbank!

5. Motorola Moto E4 Plus

Walaupun jenama Motorola dah jarang didengari, namun, tahu tak ada keluaran jenama ni yang menggunakan kapasiti bateri sebesar 5000 mAh! Moto E4 Plus ni lain sikit dari handphone dalam senarai kerana menggunakan cip Mediatek dan bukannya Snapdragon 427. Selain itu, ia juga mempunyai feature fast battery charging yang akan menyenangkan anda.

6. Lenovo P2

Lenovo juga adalah diantara handphone yang mempunyai kapasiti bateri yang tinggi iaitu sebesar 5100 mAh. Handphone ni pun menggunakan fast battery charging dan kalau talk time boleh tahan selama 79 jam. Memori storannya sebesar 32GB dan 64GB diganding pulak dengan 4GB RAM. Selain itu, handphone P2 guna android Marshmallow dan boleh diupgrade ke Nougat. Memang power untuk korang guna.

7. Xiaomi Mi Max 2

Yang ni power beb! Kapasiti bateri sampai 5300 mAh weh! Dengan storan 64GB atau 128GB, digandingkan pulak dengan 4GB RAM, Xiaomi Mi Max 2 boleh tahan selama 19 jam dan 21 minit kalau korang scroll internet. Charger dia pun power tau sebab guna teknologi quick charging 3.0 dan dalam masa 30 minit je dah boleh charge sebanyak 22%. Baru charge dua setengah jam, dah 85% bateri korang.

Sumber: https://lobakmerah.com