Mengapa Mahu Tampar Saya – Ini Respon Najib Bila Ada Individu Mahu Tampar Beliau..

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengetahui sebab dan mengapa ada individu mengeluarkan kenyataan mahu menampar beliau.
Najib dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau juga tidak mengetahui sebab mengapa individu terbabit tiba-tiba berang dan bercakap kasar mengenai dirinya di Cameron Highlands.

“Ada seorang itu tak tahu mengapa, tiba-tiba berang cakap kasar pasal saya di Cameron Highlands, nak tampar saya. Saya baca, tutup, keluar minum kopi di Podium. Tengok. Saya ok, steady saja.

“Peneroka tahu apa ayahanda saya Allahyarham Tun Razak dan saya sendiri telah buat untuk majukan industri sawit,” kata Najib.

Walaupun Najib tidak menamakan sesiapa dalam hantaran tersebut namun hari ini media melaporkan Chef Wan mahu menampar muka Najib dan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Memetik laporan Malaysiakini, Chef Wan berkata demikian semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda – semasa ditadbir kerajaan BN – memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.

Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘merompak’ agensi terbabit sehingga bankrap.

“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

“Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” katanya.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.

“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!” katanya

Sumber: Utusan Online