MENGAPA KUCING MENGHILANGKAN DIRI PADA SAAT KEMATIANNYA?

Mengapa Kucing Menghilangkan Diri Pada Saat Kematiannya?

Oleh: Zamir Mohyedin

Tahukah anda, mungkin anda biasa didengarkan bahawa apabila kucing hamper menemui kemaitannya, dia akan menyembunyikan atau menghilangkan diri daripada tuannya supaya tidak berasa sedih.

Tetapi itu bukan sebab yang sebenar. Kucing menyembunyikan diri diri kerana naluri mandiri (survival instinct) pada kucing tersebut. Kucing tidak hidup dalam kumpulan (pack) seperti serigala.

Kucing hidup seorang diri dan tidak bergantung pada makhluk lain. Kucing merupakan makhluk yang individualistik.

Apabila kucing kesakitan, kucing akan bersembunyi di tempat yang dia rasa selesa dan selamat supaya tidak diganggu. Dia bersembunyi supaya tidak diganggu oleh pemangsa (predator) yang mampu menyerangnya dalam keadaannya yang lemah dan sakit.

Kalau anda perasan, kucing anda yang sakit tidak akan mahu dipegang. Dia akan mengerang dan ‘memarahi’ anda kalau anda cuba untuk menyetuhnya.

Kucing tidak faham makna kematian. Dia tidak tahu ajalnya akan tiba. Tetapi kalau kucing berada dalam keadaan tenat, dia akan pergi ke tempat yang sukar dicari. Susah untuk kita nampak bangkai kucing melainkan kucing yang telah mati dilanggar.

Sumber: The Patriots