Mayat Wanita Berkulit Putih Sah Nora Anne, Kata Keluarga

SEREMBAN – Polis mengesahkan mayat yang dijumpai berdekatan anak sungai di Pantai Hills dekat Seremban hari ini adalah Nora Anne Quoirin, 15.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan identiti mayat yang dijumpai selepas proses pengecaman dibuat oleh keluarga mangsa di Hospital Seremban hari ini.

Tengah hari tadi, mayat wanita berkulit putih itu ditemui pendaki sukarelawan di lurah dekat aliran sungai 2.5 kilometer dari resort remaja itu menginap.

Proses bedah siasat ke atas mayat Nora Anne Quoirin akan dilakukan pada pukul 10 pagi esok.

Remaja itu dilaporkan hilang 10 hari lalu kira-kira pukul 7.30 pagi dari bilik tempat resort yang didiami oleh keluarga mangsa.

Semalam keluarga Nora Anne menawarkan RM50,000 kepada pihak yang memberi maklumat sehingga anaknya ditemui.

Sumber: Kosmo Online