“Masuk Masjid Koyak Al-quran Dan Campak Dalam Tandas” – Kau Dah Kenapa??

Masjid merupakan rumah ibadat bagi orang islam. Sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang islam untuk melindungi dan memelihara kesucian rumah ibadat. Namun lain pula yang terjadi di Masjid Al Ihsan, Lubang Kerek di Pokok Sena.

Dipetik dari Harian Metro, seorang lelaki telah memasuki masjid tersebut dan merosakkan fasiliti dan mengoyak al-Quran yang ada di dalamnya. Kejadian itu disedari oleh tok siak masjid tersebut apabila dia mendengar bunyi air mengalir dari tandas lelaki pada jam 6:45 petang Selasa lepas.

Setelah pergi ke tandas tok siak mendapati paip air telah dicabut dan beberapa helai al-Quran pulak dilihat berselerak atas lantai tandas termasuk dalam lubang tandas.

Tok siak, Kamal Shukri merasa curiga dengan kejadian yang berlalku dan segera melihat rakaman CCTV. Dalam rakaman tersebut bukan sahaja Aq-quran malah jam dinding juga pecah dikerjakan.

“Saya tak tahu apa motif lelaki itu masuk ke masjid semalam sebelum merosakkan jam dinding serta mengoyak al-Quran sebelum mencampak ke dalam tandas,”

“Pelik dengan kejadian itu, saya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati kelihatan seorang lelaki berusia 30-an masuk ke dalam masjid dan membaling papan rehal kayu ke arah jam digital dinding hingga terjatuh dan pecah.

“Lelaki yang bersendirian itu dipercayai orang luar kerana dia tidak dikenali. Saya kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada jemaah masjid,”

Sebelum ni ada juga berlaku kes selipar hilang dan duit tabung hilang tapi ia hanya jumlah yang kecil.

“Atas faktor itu, kami memasang lima CCTV di masjid ini untuk memudahkan mengesan pencuri dan sesiapa yang masuk ke sini untuk melakukan benda tidak baik,” katanya.

Pihak masjid tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Pokok Sena. Diharapkan pihak polis dapat mengesan lelaki terbabit. Ishh tak baik tau rosakkan rumah Allah macam ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *