Marah Pemandu Grab Langgar Bonggol, Lelaki Mengamuk Pusing Cerita Kata Bini Dia Kena Pukul..

SEORANG lelaki menaiki ‘GrabCar’ bersama isterinya yang hamil mengamuk terjerit-jerit tidak puas hati kerana pemandu Grab berkenaan dianggap tidak cermat ketika melalui bonggol di atas jalanraya.

Lebih mengejutkan, di depan orang ramai lelaki itu mula mereka cerita menuduh kononnya pemandu Grab berkenaan telah memukul isteri dan bayinya. Md Aza seorang pemandu Grab mengirim video dari rakaman dashcam keretanya, menerusi akaun Facebook menunjukkan bagaimana dia bertengkar dengan salah seorang penumpang.

Berdasarkan rakaman itu Aza telah mengambil seorang lelaki bersama isterinya yang sedang hamil di Kawasan Perindustrian Bukit Batok pada 13 Januari sekitar jam 1.25pm. Tidak lama selepas Aza memulakan perjalanan bersama pasangan itu, lelaki berkenaan memintanya agar memandu dengan berhati-hati kerana isterinya sedang mengandung.

Kedengaran suara Aza berkata “I will try my best (saya akan cuba sebaik mungkin),”

Bagaimanapun tidak lama selepas melepasi satu bonggol di atas jalan, lelaki itu meminta Aza menurunkan mereka sebelum sampai ke destinasi. Penumpang itu mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara pemanduan Aza, malah turut berleter tentang kesalahan memandu secara tidak berhemah di bawah Akta Lalulintas.

Namun kalau dilihat dalam video berkenaan, Aza memandu tidak lebih dari kelajuan 40km/j sepanjang 3 minit video itu dirakamkan. Sepanjang rakaman, Aza tetap tenang sehinggalah penumpang itu memanggilnya sebagai “orang gila,”

“Awak tak boleh panggil saya gilalah, saya tak pernah panggil awak gila,” balas Aza. Di hujung rakaman mereka mula kedengaran bertengkar. Boleh dengar lelaki itu berkata mahu menghubungi pihak polis, manakala Aza pula berkata “don’t touch me, don’t touch me, (jangan sentuh saya, jangan sentuh saya),”

Difahamkan bila orang ramai mula menghampiri, tiba-tiba lelaki itu mula menuduh Aza memukul isterinya. “My wife got pregnant, you hit my wife! (Isteri aku mengandung, kau pukul isteri aku!)” jerit lelaki itu.

Lelaki itu terus menokok tambah cerita, menuduh kononnya Aza kata isterinya mengandung, dan dia tidak peduli. “Dia kata isteri saya mengandung, dan aku tak peduli, tergamak dia buat begitu, kau tak boleh pukul isteri aku! Kenapa kau memandu macam ni?” katanya kepada orang sekeliling dalam nada menjerit.

Kemudian kedengaran pula suara dia menuduh Aza memukul bayinya.

“Okay, okay you call the police, I am telling that you hit my baby (baiklah kau call polis aku, aku akan beritahu kau pukul bayi aku),” katanya.

Untuk lebih jelas sila tonton video di bawah ini.

Sumber: Milo Suam