“Mana Letak Iman?” 4 Gadis Dirakam Menari Semasa Majlis Pengebumian Rakan

Rakaman 4 orang gadis menari di majlis pengebumian rakan menjadi tular beberapa hari lalu di Thailand.  Klip video tersebut memaparkan keasyikan gadis-gadis ini menari dengan alunan muzik disko semasa pengebumian sedang dijalankan.

Sementara itu, seorang lagi gadis dilihat sedang menangis sambil menutupi separuh mukanya sambil duduk di atas belakang sebuah kenderaan jenis SUV putih dengan laungan pembesar suara bersama sorotan lampu.

Video ini walau bagaimanpun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menganggap ia adalah tidak sesuai.

“Ia seperti anda gembira dengan kawan anda yang meninggal.” kata salah seorang pengulas.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkaitan kejadian ini.  Pun begitu, rakaman video tersebut telah ditonton hampir 1 juta kali sejak mula dimuat naik pada minggu lalu.

Sumber: Siakapkeli.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *