Lucu! Gelagat Tun M Cuba Berselfie Dengan Isteri Jadi Viral

WALAUPUN dalam kesibukan mentadbir negara, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nyata mempunyai keinginan untuk cuba berselfie bersama isteri tercinta sepertimana orang lain juga.

Namun kesilapannya menetapkan mod video dan bukannya tetapan gambar mencuit hati netizen.

Ketika Tun M cuba melakukan swafoto, video tersebut jelas menunjukkan beliau sedang mencari sisi terbaik gambarnya bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dalam video berdurasi lapan saat itu, beliau dilihat meminta isterinya berdiri dan ia disambut dengan pertanyaan Dr Siti Hasmah yang terpinga-pinga sambil bertanya “Apa dia?”

Momen ‘sweet’ berkenaan mendapat respon netizen yang memuji keakraban pasangan ideal itu.

Sumber: Astro Awani