Lima Jam Penuh Debaran, Dr Amalina Sebak Beritahu Pembedahan Ainul Mardhiah Berjaya

BERKAT doa seluruh rakyat Malaysia serta usaha gigih pasukan perubatan, pembedahan penuh risiko bagi membuang ketumbuhan di mulut Ainul Mardhiah akhirnya berjaya dilaksanakan, semalam.

Pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu berjaya membuang ketumbuhan seberat 200 gram dari mulutnya. Tahniah buat pasukan perubatan yang diketuai Prof David Dunaway dan Dr Julian Ong.

Sementara itu, Dr Amalina Che Bakri yang turut terlibat dalam pembedahan itu berkata, memandangkan ia merupakan pembedahan berisiko tinggi, banyak persiapan yang diperlukan untuk dilakukan sebelum pembedahan bagi memastikan bayi berkenaan selamat.

“Banyak perancangan, banyak imbasan, banyak perbincangan dan banyak kesabaran,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighed 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done to ensure that baby Ainul would be safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong (also Malaysian-born). They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Thank you to everyone who made this possible, it was a team effort! Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG) @_nrlerwani @ahmadsafiudinn

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Dr Amalina turut berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan.

Tambahnya, Ainul kini dipantau selepas pembedahan dan dia dalam keadaan stabil.

“Saya tidak dapat mengawal emosi sebaik keluar dari bilik pembedahan dan melihat ibu bapa Ainul. Perasaan saya bercampur-baur, satu perjalanan yang cukup emosi dan menggembirakan pada masa sama.

“Doakan untuk Ainul sembuh. Terima kasih di atas doa anda,” katanya yang menganggap Ainul seperti keluarganya sendiri.

[Updtae] Ainul Mardhiah sudah sedar

SELEPAS kira-kira lima jam menjalani pembedahan membuang tumor di mulutnya semalam, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini sudah sedarkan diri.

Khabar gembira itu dikongsi bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, melalui status ringkas di Facebook miliknya kira-kira 30 minit lalu.

Ahmad Safiuddin melahirkan rasa syukur apabila Ainul Mardhiah kini sudah sedar.

“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk memastikan Ainul betul-betul baik sebelum dipindahkan semula ke wadnya yang biasa.

“Teruskan doa Ainul kuat, cepat sihat ya semua,” katanya.

Ainul Mardhiah berusia sembilan bulan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini dirawat di sebuah hospital di London.

Perkongsian bapanya mendapat 13, 000 reaksi daripada pengguna Facebook serta lebih 5,000 perkongsian.