Lesen Kereta Kena Gantung, Pelajar Ambil Keputusan Beli Jeep Barbie Pandu Ke Kampus

Setelah ‘digantung’ daripada membawa kenderaan, Tara Monroe, seorang pelajar dari Universiti Teknologi Texas beralih kepada kenderaan berbeza, Jeep Barbie berwarna merah jambu.

Tara Monroe yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan telah digantung lesennya selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk semasa pulang dari konsert.

Bapanya yang memandu dari rumahnya di Kingwood ke San Marcos untuk mengambil kenderaannya meninggalkan Tara dengan hanya dua kaedah pengangkutan, basikal atau berjalan kaki.

Walau bagaimanapun, Tara membuat keputusan untuk membeli jeep mini merah jambu dengan harga kurang RM300 untuk ke universiti kerana menurutnya dia tidak gemar berjalan dan berpeluh.

Sejak daripada itu, aksi Tara mendapat perhatian ramai orang yang rata-rata berkongsi gambarnya memandu jep mini itu yang bergerak sejauh 5 batu perjam.

Walau mempunyai pilihan lain seperti basikal elektrik yang lebih laju, namun menurut Tara dia lebih seronok memandu dengan kenderaan ikon anak patung kegemarannya, Barbie.

Sumber: Siakapkeli