Lemon Beku Mampu Menjadi Penawar Kepada Penyakit Diabetes, Kanser Dan Obesiti

Sejak berpuasa ini memang viral di bazar Ramadan dengan air soda herbs, lemon pudina, lemon laici yang dikatakan dapat mengembalikan kesegaran tubuh selepas seharian berpuasa. Jika diperhatikan semua jenis air tersebut mempunyai lemon sebagai bahan utama. Ini kerana khasiat lemon begitu banyak terhadap tubuh kita seperti menyokong dan meningkat sistem imunisasi, mengimbangkan pH badan, mencantikkan dan menyihatkan kulit, membantu pencernaan dan menyingkirkan toksin dan banyak lagi.

Terkini dikatakan lemon beku adalah ‘kunci’ untuk mendapatkan khasiat-khasiat tersebut malah lemon tersebut mampu menjadi penawar kepada penyakit diabetes, kanser dan obesiti.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kepekatan nutrien tertinggi adalah dalam kulit lemon. Kita selalunya akan membuang kulit lemon selepas mengambil jus lemon yang mana tindakan tersebut sebenarnya salah kerana kulit lemon itu sendiri mempunyai khasiat yang sama seperti buahnya. Untuk mendapatkan semua vitamin dan mineral daripada buah sitrus, kita perlu mengambil  kulitnya sekali.

Lemon kaya dengan nutrien seperti vitamin A, B6, C, dan E  dan juga besi, zink, potasium, fiber dan protein. Selain daripada nutrien-nutrien tersebut, lemon juga mengandungi flavonoids dan limonoids yang mana dapat menguatkan sel-sel anda, melawan radikal bebas dalam tubuh dan mencegah penyakit tertentu.

Menurut kajian, nutrien yang terdapat dalam buah-buahan tropika mampu melawan pelbagai tumor, mencegah perkembangan diabetes, mengawal paras gula darah dan tekanan darah anda dan juga menggalakkan penurunan berat badan.

Asid sitrik dalam lemon boleh melawan pelbagai kuman, sementara ramai orang menggunakan lemon untuk memutihkan kulit mereka. Menurut kajian, lemon mengandungi lebih daripada 22 sebatian melawan kanser termasuklah vitamin C, glycosides, pectin dan limonene.

Selepas mengetahui semua faedah dan khasiat lemon, anda bolehlah mula membekukan lemon. Caranya ialah ambil beberapa buah lemon dan basuh dengan bersih. Kemudian keringkannya sebelum anda masukkan ke dalam bag berzip dan bekukan selama beberapa jam.

Apabila lemon telah betul-betul membeku, anda boleh parut buah tersebut dan tambahkan parutan lemon ke dalam minuman atau smoothie anda untuk mendapatkan rasa yang sedap dan khasiat kesihatan yang lebih baik.

Selain menyedapkan lagi rasa minuman dan makanan anda, parutan lemon dapat memberikan pelbagai nutrien kepada tubuh anda serta mencegah pelbagai jenis penyakit. Cubalah hari ini!

Sumber: Era Baru