Lelaki Serang 4 Buah Masjid Di Britain

LONDON: Empat masjid di bandar Birmingham, tengah England diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul, menurut polis, hari ini.

Polis West Midlands berkata, pasukan pegawai anti pengganas sedang menyiasat serangan terhadap itu di empat lokasi berbeza di utara bandar terbabit.

Katanya, semua insiden terbabit dianggap mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Setakat ini, kami tidak mengetahui motif serangan malam tadi. Apa yang boleh saya katakan adalah unit pasukan dan unit anti keganasan sedang bekerjasama untuk mencari siapa yang bertanggungjawab,” kata ketua konstabel, Dave Thomson.

Polis juga meningkatkan rondaan kawasan masjid di bandar itu untuk mengelak kejadian serupa daripada berulang. – AFP

Sumber: BH Online