Larangan Halang Atlet Israel Masuk Malaysia Satu Diskriminasi. Langkah Terbelakang, Kata MCA

KUALA LUMPUR : MCA menganggap keputusan kerajaan untuk melarang kemasukan atlet Israel ke Malaysia sebagai ‘menakutkan’ dan mundur.

Malah Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Tan Teik Peng bertegas isu larangan ke atas atlet Israel ini telah mencemarkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa dan beranggapan bahawa Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman gagal membezakan antara sukan dan politik.

“Tiada tempat untuk diskriminasi dalam sukan abad ke-21,” jelasnya dalam satu kenyataan yang oleh Biro Publisiti MCA kepada Astro AWANI.

“Sukan ialah tentang mempromosi semangat persaudaraan, kesaksamaan dan hormat antara satu sama lain, serta mewujudkan peluang untuk membetulkan sebarang bentuk diskriminasi yang wujud di dunia ini.”

“Sekiranya ahli politik Malaysia mahu melarang atlet Israel susulan daripada jenayah perang yang dilaksanakan ‘pemerintah’ mereka, maka kita juga sepatutnya melabel Amerika Syarikat dan Jepun sebagai penjenayah juga atas keganasan di Asia Barat dan sewaktu Perang Dunia II”.

Kejohanan Renang Para Dunia 2019 sepatutnya dianjurkan di Kuching, Sarawak 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Tindakan tegas larangan oleh kerajaan Malaysia menyebabkan Israel tidak senang dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menggelar Perdana Menteri sebagai ‘anti-Semitisme melampau’.

Sumber: Astro Awani