Kronologi Sebenar Di Sebalik Kejadian Ibu Kelar Leher Empat Orang Anak Di Sabah

“SEJAK dua minggu lalu isteri berkelakuan pelik dengan menjerit dan mengatakan bilik ini ada syaitan.” Demikian diceritakan Yohanes Kolin, 54, bapa kepada empat kanak-kanak yang dikelar ibu kandung mereka sendiri mengakibatkan seorang daripadanya maut dalam kejadian di bilik pekerja resort di Pulau Mantanani, Kota Belud, semalam.

Situasi cemas dan ketakutan dihadapi oleh tiga orang kanak-kanak, apabila terpaksa berdepan dengan ibu kandung mereka yang bertindak agresif menggelar leher mereka sebelum menggelar lehernya sendiri.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Hanisa, 8 tahun, Melati 7 tahun dan abangnya Jehan 5 tahun cedera parah di tempat kejadian selepas berjaya diselamatkan bapanya. Namun adik mereka yang berusia lapan bulan maut dalam kejadian itu.

Kejadian yang menyayat hati itu telah mendapat perhatian netizen yang menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan di luar kawalan kewarasan seseorang.

Ini kronologi kejadian ibu kelar empat anak

1.  Sebelum kejadian suami suspek, Yohanes Kolin melihat isterinya (suspek) menghentak-hentak kepalanya pada tiang bilik, dia yang hairan dengan kelakuan isterinya, menegurnya supaya berhenti berkelakuan seperti itu.

2. Selepas ditegur suspek dilihat kembali tenang dan membawa masuk keempat-empat anaknya ke dalam bilik. Sebelum itu suspek sempat menyuap biskut dan menuangkan minuman kepada anak-anaknya.

3. Suami suspek telah ke tempat kerja yang terletak di sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani.

4. Sekitar pukul 1.30 tengah hari, suami mangsa telah pulang ke rumah. Tiba-tiba dia mendengar suara anak-anaknya meminta tolong dari dalam bilik.

5. Suami suspek terus meluru masuk ke bilik dan ingin membuka pintu, namun pintu terkunci, dia bertindak meninjau dari tingkap bilik dan terkejut apabila mendapati dua anaknya dalam keadaan berlumuran darah.

6. Suami suspek segera merempuh masuk ke bilik dan melihat suspek sedang mengelar lehernya sendiri dengan pisau sebelum dia sempat menahan tindakan isterinya itu.

7. Dia bertindak menyuruh dua anaknya keluar daripada bilik itu, sebelum dia berlari meminta bantuan dari pihak berkuasa yang membuat rondaan.

8. Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 tiba di tempat kejadian dan segera memberikan bantuan menyelamatkan mangsa dan suspek yang cedera parah.

9. Suspek ditahan oleh pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

10. Suspek dikatakan mengalami kemurungan sebelum bertindak kejam mengelar keempat anaknya menggunakan pisau.

Lokasi kejadian

Suspek dibawa keluar dari pulau

Senjata yang digunakan suspek

Sumber : Harian Metro, https://www.ohmymedia.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *