KJ Minta Rakyat Malaysia Jangan Beri Tumpuan Pada Berita ‘Kotor’ Politik

Bukalah mana-mana media sosial mahu pun portal, berita yang tengah hangat sekarang adalah pasal video tular didakwa menteri kanan bersama seorang lelaki.

Macam yang korang tahu, individu yang bersama menteri itu telah pun membuat ‘pengakuan’ yang kononnya video tersebut adalah benar dan dia tak tahu pun dirinya sedang dirakam semasa berada di atas ranjang.

Permainan kotor yang melibatkan s3ks ini boleh dikatakan perkara normal dalam dunia politik, tak kira dekat dalam atau luar negara. Dorang jadikan benda ni sebagai senjata untuk menjatuhkan seseorang.

Ekoran dari video tular ini, bekas Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin tampil memberikan pesanan kepada followers di Instagram miliknya.

“Kita dah pun trauma dengan fitnah yang berlaku satu ketika dulu. Perlu ke kita dedahkan tuduhan kejam pada generasi seterusnya dengan niat untuk menjatuhkan karakter seseorang?”

Harini, kalau ternampak berita ‘kotor’ mengenai politik, jangan beri perhatian. Perkara buruk macam ni berjaya untuk jatuhkan orang kalau kita beri perhatian.”

Pada admin, tak kisahlah kalau benda ni betul ke tak, tapi kalau niat memang nak menjatuhkan seseorang memang tak patut dibuat. Cukup-cukuplah.

Sumber: Lobakmerah.com