Kes Gadis Enggan Pegang Botol Arak, Mufti Harap Ada Pihak Sudi Tawarkan Kerja Yang Lebih Baik

Beberapa hari lalu tular di media sosial apabila seorang juruwang di salah sebuah kedai serbaneka di Johor Bahru enggan memegang botol arak ketika salah seorang pelanggannya mahu membuat pembayaran di kaunter.

Situasi tersebut membuatkan pelanggan berkenaan berang sehingga menyebabkan transaksi tersebut tidak dapat dibuat.  Gadis tersebut mempunyai alasan tersendiri ketika itu bahawa di masih dalam keadaan wuduk dan haram baginya memegang botol arak berkenaan kerana merupakan seorang gadis Melayu beragama Islam.

Susulan kejadian itu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin menggesa gadis tersebut diambil bekerja di tempat yang lebih baik dan halal.  Menurut beliau, ia adalah tanda penghargaan sikap yang ditonjolkan gadis berkenaan.

Asri berkata arak seharusnya dijual di kedai atau bahagian tertentu yang mengecualikan pekerja beragama Islam menguruskannya.  Tambah beliau, memegang botol arak tidak batal wuduk namun menjualnya adalah dosa.

Jelasnya, kesilapan gadis berkenaan ialah kerana dia bekerja di premis yang menjual arak.  Namun, katanya, kita tidak tahu keadaan sebenar kehidupan gadis berkenaan. Apa yang pasti dia cuba sedaya dirinya untuk mengelakkan perkara yang haram tersebut.

Selain itu, pelanggan tersebut menurutnya sangat biadab dan tidak layak untuk berada dalam negara yang berbilang kepercayaan dan pegangan.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, penyelesaian harus dilaksanakan dengan cara yang harmoni dan tidak patut dicemari dengan kebiadaban.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *