Kerana Berani Pecahkan Telur Di Kepala Senator Australia, Rakyat Malaysia Berduyun Tinggalkan Komen, Ucap Terima Kasih

Di sebalik seluruh dunia berdukacita atas tragedi hitam yang menimpa jemaah umat Islam di Masjid Chistchurch New Zealand, tindakan Senator Australia Fraser Anning yang mendakwa serangan pengganas adalah berpunca daripada kehadiran penganut Islam telah menyebabkan dia dicemuh dunia.

Kenyataan yang dimuat naik olehnya telah mendapat perhatian ramai, malah rakyat Australia juga telah menandatangani petisyen supaya Fraser Anning dipecat serta-merta, sebagai tanda protes terhadap kenyataan berbaur penghinaan itu.

Fraser Anning!

Thank you Will Connolly!

Marah dengan kenyataan Fraser Anning, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Will Connolly telah menyerang senator itu dengan memecahkan sebiji telur ke atas kepala Fraser sewaktu wawancara bersama pihak media.

Setelah menyedari bahawa dirinya telah kotor akibat tindakan remaja lelaki itu, Fraser Anning telah memukul remaja itu di muka dan kepala. Hal ini telah mengakibatkan Fraser dikecam oleh rakyat Australia atas tindakan kasar memukul kanak-kanak.

Namun tindakan remaja lelaki itu, telah mendapat perhatian ramai yang telah meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada Will Connolly atas tindakan berani, mengutuk kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh Anning.

Rakyat Malaysia tidak terkecuali untuk turut menulis komen di laman sosial Will Connolly. Aksi dan komen daripada mereka telah mendapat perhatian ramai.

Sumber: https://www.ohmymedia.cc/