Kehadiran Orang Ketiga Dalam Rumahtangga, Wanita Ini Luah Perasaan Di Facebook

Perkahwinan yang dibina atas perasaan cinta merupakan kisah yang paling indah, namun apabila cinta itu dicurangi pastinya ia amat memeritkan apabila wujudnya orang ketiga.

Begitulah yang dialami oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ain Nisha, dia telah berkongsi luahan hatinya apabila suaminya curang kepadanya dan dia pernah dipukul oleh suaminya.

Ikuti luahan daripada seorang isteri ini.

Aku kenal kau 8 tahun, takkan aku seorang isteri tidak kenal susuk tubuh seorang suami. Naluri seorang isteri dan ibu tak pernah silap selama aku bersama kau. Aku bukan minta simpati tangisan orang, tapi aku yang dipersalahkan. Aku bercakap di setiap tuduhan dengan bukti, bukti yang kukuh.

Maka dengan lafaz taklik ini, aku berdiam diri. Tidak dipedulikan. Aku hanya mampu pertahankan selama 3 tahun perkahwinan kita, 8 tahun tempoh perkenalan yang agak lama. Aku sudah penat di setiap saat mengalir air mata, bertepuk sebelah tangan hanya kerana untuk mempertahankan hubungan ini.

Ketika bertarung nyawa dan saat kritikal untuk lahirnya seorang anak, kau menangis menitis air mata untuk menyambut kelahiran putera kita. Seorang anak dilahirkan pada 13/12/2016 diberikan nama Mohamad Aqil Adam.

Aku pegang erat seorang anak disaat aku dilayan seperti binatang, kau berikan anak kita kesan hentakan lebam di kepala. Hari raya aku dan anak disambut dengan penuh duka dan air mata.

Aku yang pernah kau belai ini dengan kasih sayang, kau akhirinya dengan tiada belas kasih. Kepala yang pernah kau belai kucup di dahi setiap melangkah keluar dan pulang ke rumah ini, dihentak dan dipukul berkali kali. Tubuh badan yang sentiasa memberi sokongan ini, ditinggalkan kesan lebam. Perut dan rahim yang mengandungkan zuriat selama 9 bulan ini, kau tumbuk. Darah dan lebam isteri kau ini, hanya maaf kau ucapkan. Kau hampir mencekik mati aku seorang isteri derhaka mulut puaka.

Hanya kerana kau membela dan mempertahankan perempuan yang kau inginkan dijadikan madu aku, isteri kedua.Hanya kerana aku ingin bawa berbincang dengan orang tua tentang hasrat kau. Selepas kau kahwin, baru kau nak kutip anak isteri yang kau buang ini untuk tinggal bersama? Kau jamin untuk bahagiakan aku serta anak, dengan syarat lepaskan kau berkahwin?

Adakah kau lupa rezeki ketika mengandungkan Aqil? Alhamdulillah, kau dapat tawaran kerja. Tidak pernah kau berkira dengan isteri dan anak ketika itu. Kau terlalu leka dengan apa yang kau dapat. Baru nak merasa hidup, kerja, pegang duit? Kau lepaskan tannggungjawab, rezeki untuk anak isteri kau perlahan-lahan berkira.

Rezeki kau dapat itu takkan cukup, bila kau dah abaikan nafkah isteri dan anak. Kau cerita yang bukan bukan pasal aku, hanya kerana nak tutup hubungan skandal kau di tempat kerja. Bukan seorang dua yang sampaikan berita apa yang kau buat. Aku bersuara kerana ada bukti apa yang aku terima.

Kau kehulu hilir bawa perempuan bercuti, kau abaikan tanggungjawab tinggalkan isteri anak di kampung. Cukup bila saudara kau persoalkan bila aku nak ikut suami tinggal bersama, jawapan itu ada dengan kau. Bukan aku… Anak sakit demam kau lansung tak jenguk pedulikan Aqil, lansung tidak.

Kau sendiri yang cakap dia muka pecah hidung kembang semangkuk itu sihir guna gunakan kau. Sudah la cukup dengan drama lakonan. Kau cari point salah aku, aku isteri derhaka. Kenapa kau sorokkan punca masalah datangnya dari mana? Mana kau letak tanggungjawan kau? Bila dengan aku, kau burukkan dia. Tapi bila bersama dia, kau bukak aib maruah isteri kau sediri.

Bila nak habis kisah drama kau? Bila kau susah nak makan, duit sewa rumah tak cukup itu ini, kau pinjam sampai beribu riban dengan orang tua aku. Kau pergunakan perdayakan orang tua aku, malah kau bersenang senang dengan perempuan. Susah sama susah, bila senang kau lupa jasa dan rezeki datang dari mana.

Ketika aku bersemuka dengan pilihan hati kau, hati aku tenang. Tidak sama sekali aku mencaci maki hamun, malah aku yang dicaci hamun. Mana letaknya martabat maruah isteri kau ini ketika dicaci dihina? Dia yang berani mengaku tempat kita tidur bersama itu, adalah bekas tempat tidur kau dan dia. Sudah terlalu jauh untuk aku selamatkan rumahtanngga yang dibina ini, aku tidak lagi kuat kerana aku seorang yang pertahankan hubungan ini. Aku kuat untuk melangkah dan menjauhkan diri, aku harus kuat kerana Aqil Adam kekuatan aku.

Saat kau susah menangis simpati, kau merayu minta tolong. Saat kau senang kau lupa rezeki kau dapat itu juga rezeki untuk anak isteri kau. Kau kerja bagai nak gila untuk cari rezeki, hukum karma ada dengan apa kau dah buat pada tanggungjawab dan amanah kau.
Anak pun tak datang menjenguk apatah lagi datang mencari.

Aku minta maaf ketika mana aku membebankan kau, tidak lagi mampu membahagiakan kau, tidak lagi memahami kau, tidak menjaga makan serta minum, tidak lagi mampu pertahankan hubungan ini. Maaf dengan segala silap dari aku selama ini. Maaf kerana aku bukan seorang isteri yang baik untuk kau.

Bila mahkamah sudah tentukan tarikh untuk kes kes tertentu, tolong bagi kerjasama. Paling penting, aku tuntut hak kebajikan anak Mohamad Aqil Adam. Aku tidak pernah halang seorang ayah untuk berjumpa anaknya, tapi kau lansung tidak ambil peduli.

Biarlah kisah kita ini orang ambil sebagai pengajaran. Bila sudah berjauhan hati kena kuat dan jujur. Bukannya aku tidak berusaha untuk tinggal hidup sekali, tapi aku dan anak dibuang.

Terima kasih pernah bahagiakan aku…
Terima kasih pernah menjadi seorang suami dan ayah…
Terima kasih dengan hidup yang tipu muslihat ini…
Aku hanya mampu doakan kebahagiaan kau…

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada semua wanita di luar.

Sumber: FB Ain Nisha via https://www.ohmymedia.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *