Kalau Harga Tak Turun Kenapa Mati-matian Nak Mansuhkan GST? – Najib

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan mengapa jika cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan, mengapa kerajaan Pakatan Harapan (HARAAPN) bermati-matian memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Jun lalu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menafikan bahawa beliau pernah berkata bahawa SST akan menurunkan harga.

“Dewan Rakyat kecoh pagi ini apabila menteri kewangan mendakwa bahawa HARAPAN tidak pernah berjanji yang SST akan menurunkan harga barang.

“Sebelum PRU14, ribuan orang keluar ke jalan raya, ratusan ceramah dan propaganda yang kata mansuhkan GST dan pulang kepada cukai SST akan turunkan harga barang.

“Kini tidak pula. Lebih parah lagi ialah HARAPAN dakwa mereka tidak pernah berjanji demikian.

“Kalau tidak akan turunkan harga barang, mengapa bermati-matian mahu mansuhkan GST yang lebih telus dan pulang kepada SST yang banyak kelemahan?” soal Najib melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

HARAPAN ketika melancarkan manifesto PRU-14 pada Mac lalu, menggariskan 10 janji, antaranya menghapuskan GST dan mengembalikan SST dengan potensi penjimatan.

Sumber: Malaysiakini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *