Kajian Membuktikan Bujang & Tiada Anak Lebih Bahagia!

Saban tahun setiap kali raya pasti ada di antara anda yang tidak akan terlepas dengan soalan cepumas daripada makcik bawang.

Ada yang sibuk tanya bila nak kahwin, bagi yang dah kahwin timbul pula soalan baru bila nak dapat anak. Tetapi tahukah anda bahawa golongan bujang dan tiada anak adalah yang paling bahagia di dunia?

Berdasarkan kajian dibuat oleh professor di London, Paul Dolan, wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak adalah kumpulan paling bahagia dalam populasi di dunia.

Menurut kajian itu lagi, golongan ini juga berkemungkinan besar dapat hidup lebih lama berbanding rakan mereka yang sudah berkahwin.

“Orang yang belum berkahwin menunjukkan tahap penderitaan yang lebih rendah daripada individu sudah berkahwin.

“Individu ini mengambil risiko yang rendah, miliki duit yang lebih banyak, sekali gus mampu hidup lebih lama,” katanya.

Buat mereka yang masih bujang atau pasangan yang belum ada cahaya mata, boleh bagi kajian ini pada makcik bawang!

Sumber: https://www.vitdaily.com