Kajian Dilakukan Penyelidik Dakwa Anak Sulung Merupakan Pemandu Yang Teruk

Adakah anda merupakan anak sulung dan sering berasa tidak selamat apabila adik-adik anda mahu meminjam kereta anda? Jika ya, anda mungkin perlu melihat semula perkara itu. Dan jika anda adalah anak bongsu dan mempunyai masalah untuk meminjam kereta daripada abang atau kakak anda, tunjukkan artikel ini kepada mereka.

Satu kajian yang dijalankan oleh Privilege Car Insurance yang melibatkan seramai 1,395 orang pemandu telah membuktikan bahawa anak bongsu adalah pemandu yang lebih baik dan selamat berbanding anak sulung.

Menurut ujikaji berkenaan, mereka mendapati 89% daripada adik-beradik yang lebih tua gemar memecut laju, 47% tidak boleh terima apabila dipintas pemandu lain, 46% memandu ditengah garisan dan 35% cenderung untuk disaman.

Selain itu, 17% daripada mereka mengaku bersolek dan 30% lagi menggunakan telefon pintar semasa memandu. Kesemua angka di atas adalah lebih tinggi daripada anak kedua dan seterusnya.

Bagi anak bongsu pula, mereka adalah pemandu terbaik dalam keluarga yang memiliki ramai adik-beradik di mana 42% boleh memintas pemandu lain dengan selamat.

Namun, tidak semuanya buruk pada pemandu yang merupakan anak sulung.

Kajian ini turut mendapati bahawa anak sulung hanya akan memandu secara berbahaya atau laju sekiranya keadaan memaksa seperti sudah lambat ke tempat kerja dan sebagainya.

Manakala anak kedua dan seterusnya berkata mereka memandu laju atas desakan orang lain, sebagai contoh pemandu yang memintas mereka.

Bagaimana pula dengan adik-beradik anda? Siapakah yang mempunyai skil memandu yang paling power? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: Independent UK via Siakapkeli.my