Jika Kawah Berapi Ini Meletus, Dua Pertiga Populasi Dunia Akan Pupus

Ahli geologi memberi amaran sekiranya kawah berapi Yellowstone meletus, dua pertiga daripada populasi dunia ini akan pupus sepenuhnya.

Kawah berapi ini terletak di Yellowstone National Park di Wyoming, Amerika Syarikat dan dilaporkan akan meletus pada bila-bila masa sahaja dengan beberapa amaran telah dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Dr Jerzy Zaba dari University of Silesia di Poland berkata, letusan itu sangat berbahaya dan boleh menyebabkan seluruh Amerika Syarikat musnah.

“Saya menjangkakan letusan yang sama seperti 640,000 tahun dahulu bakal berlaku sekali lagi dan letusan itu sangat hebat sehingga memusnahkan kebanyakan daerah di AS.

“Bahan-bahan letusan dari kawah itu akan meliputi segalanya dalam radius 500 kilometer. Malah, akibat dari debu dan pembebas gas dari sulfur monoksida ke ruang udara akan menyebabkan cuaca sejuk.

“Saya turut menjangkakan akibat dari letusan kawah berapi yang menyebabkan perubahan iklim secara drastik, lebih lima bilion penghuni dunia ini akan mati akibat kelaparan,” katanya.

Untuk rekod, kawah berapi itu pernah meletus kira-kira 2.1 juta tahun lalu sebanyak tiga kali.

Sumber: Era.je