Jika Aishah Tunaikan 3 Perkara, DSV Sedia Mohon Maaf

Nampaknya Datuk Seri Vida (DSV) sedia memohon maaf namun dalam masa yang sama turut memohon 3 perkara kepada pihak Aishah. Menurut Sinar Harian, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan jika Aishah tidak meminta maaf yang meneybabkan perniagannya mengalami kerugian.

“Yang pertamanya Aishah perlu memohon maaf berhubung penggunaan perkataan palsu mengenai barang kemas saya”

“Yang kedua pula, kedua-dua belah pihak perlu bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dan Aishah atau DSV boleh menetapkan tempat dan masa”

“Ketiga, Aishah perlu memadam semua kenyataan yang dikeluarkan di media sosial miliknya,” jelas DSV yang dipersetujui peguamnya, Zailan Mohamed.

Selain itu, pihak Vida dalam masa yang sama turut mempertimbangkan untuk menggantikan rantai berlian tersebut dengan barang kemas lain memetik kenyataannya daripada mStar Online.

“Kita akan pertimbangkan dengan barang kemas yang sama nilai berdasarkan penilaian saya,” katanya. Apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: ROTIKAYA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *