Insiden Christchurch: Indahnya Islam, Lelaki Pertama Ditembak Mati Sempat Ucap ‘Hello Brother’ Pada ‘Pengganas’

Insiden yang berlaku di Christchurch hari ini merupakan satu tragedi bagi umat Islam. Seluruh dunia kini sedang berduka dan mendoakan keselamatan mereka di New Zealand.

Namun, disebalik kekecohan ini, seorang pengguna Facebook, Aziz Helou telah memberi penekanan tentang satu perkara indah yang berlaku disebalik keganasan ini.

Menurut Aziz, perkataan terakhir dikeluarkan oleh muslim pertama yang ditembak adalah “hello brother”.  Walaupun ketika itu senapang sedang diacu ke arahnya dia tetap tenang dan ikhlas menyapa ‘pengganas’ tersebut. Ya Allah, moga dia ditempatkan ke syurga-Mu.

“Perkataan ini diucapkan oleh seorang lelaki bersimbolkan Islam. Walaupun senapang diacukan kepadanya dengan niat jelas untuk membunuh, apa reaksinya? Marah? Aggresif? Tak, dengan ucapan penuh lembut dan ikhlas “hello brother”.

Mungkin wira ini cuba untuk redakan situasi ini? Mungkin Allah swt menggunakan lelaki ini untuk tunjuk pada dunia tentang kelembutan Islam.

Saya tak tahu tapi apa yang saya mahukan adalah untuk pastikan perkara ini tak hilang dari pandangan semua. Iaitu perbuatan terakhir lelaki ini adalah perbuatan yang melambangkan Islam, cara yang ikhlas, berani dan lembut untuk menghentikan keganasan dan bukan menyemarakkannya lagi.

Semoga Allah swt memberikan hero ini dan kesemua mangsa-mangsa syurga yang tertinggi. Ameen.”

Allah, mulia betul tindakan lelaki ini. Moga kita semua dikurniakan keberanian seperti ini jika ditakdirkan suatu hari nanti kita berdepan dengan situasi seperti ini. Al-fatihah kepada semua mangsa tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Admin juga mohon pada semua untuk tak sebarkan video tembakan rambang yang berlaku. Sebaliknya kita sebarkan kebaikan seperti ini supaya ia menjadi inspirasi untuk kita semua.

Sumber: Lobakmerah.com