“Ini Amaran Juga Kepada Malaysia, Indonesia” – Angkuhnya George Clooney Ulas Isu LGBT!

PELAKON George Clooney mendakwa tindakan memboikot hotel milik Sultan Brunei memberi kesan apabila negara itu kini menangguhkan hukuman hudud untuk kesalahan hubungan sejenis atau istilah popularnya, LGBT.

Dalam temuramah dalam program Ellen, pelakon Batman itu juga dengan angkuhnya berpendapat bahawa apa yang berlaku merupakan ‘satu amaran kepada Malaysia dan Indonesia’.

“Ini juga amaran kepada negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia yang juga sedang mempertimbangkan undang-undang ini.

“Untuk orang-orang kaya, boikot perniagaan mungkin tidak ada kesan tapi akan beri kesan kepada orang lain yang berurusan dengan mereka.

“Itulah caranya,” kata Clooney.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis ekoran kritikan global.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, menganggap kenyataan Clooney itu membayangkan dia sebenarnya tidak memahami Malaysia.

“Malaysia sebuah negara Islam, sudah tentu kita tidak boleh terima budaya LGBT,” Kata Marzuki seperti yang dipetik dari portal The Star.

Sumber: Astro Awani