Ibu Seronok Keluar ‘Dating’, Bayi Meninggal Dunia Ditinggalkan Tiga Hari Tanpa Makan & Minum

BAYI berusia empat bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan sendirian oleh ibunya tanpa makan dan minum selama tiga hari.

Menurut rekod, wanita berusia 26 tahun itu meninggalkan suaminya pada Ogos 2016.

Dia kemudian bertemu dengan seorang lelaki lain menerusi di laman web dan seterusnya berpindah ke sebuah studio di Pohang.

Wanita tersebut melahirkan seorang bayi pada Julai 2016.

Bapa kepada bayi itu di penjara ketika wanita tersebut sedang mengandung dan melahirkan anak perempuan.

Wanita itu dipercayai meninggalkan anak perempuannya sendirian di rumah di antara Oktober dan November 2017 untuk bertemu seorang lelaki di Busan juga menerusi  laman sesawang permainan.

Pihak berkuasa terkejut apabila wanita terbabit mengaku meninggalkan anaknya sendirian tanpa sebarang makanan atau minuman di antara 10-13 November ketika dia berada di Busan.

Selepas kembali ke Pohang, anak perempuannya ditemui mati.

Dia menyimpan mayat anaknya di rumah sebelum membuang di hadapan sebuah motel di Pohang pada April tahun ini.

Polis memberitahu, wanita itu ditangkap ketika cuba melarikan diri daripada tempat kejadian.

Dia seterusnya dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Daerah Daegu.