Ibu, Anak Gajah Masuk Kebun Teruk Diserang Penduduk Kampung

SEKUMPULAN penduduk kampung di India menyerang gajah dengan bebola api buatan sendiri gara-gara haiwan itu masuk ke kawasan tanaman mereka.

Menerusi satu foto yang tersebar, seekor gajah bersama anaknya sedang melintasi jalan setelah diserang sekumpulan lelaki.

Kejadian yang berlaku di Bishnupur, barat Bengal itu mencetuskan kontroversi berikutan haiwan itu pernah dianggap sebagai ikon budaya mereka, suatu ketika dahulu.

Gajah itu dipercayai berlegar di kawasan tanaman tersebut setelah habitat mereka dimusnahkan.

Sekumpulan penduduk kampung mengusir gajah menggunakan api.

Foto yang dirakam oleh jurufoto Biplab Harza itu cukup jelas membuktikan kekejaman haiwan yang wujud di negara itu.

Namun kata Harza, penduduk kampung bertindak sedemikian kerana mahu melindungi kebun mereka.

“Seringkali ada pertembungan antara gajah dan manusia.

“Saya cuma mahu paparkan foto untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hal ini,” katanya.

Sumber: Mstar Online