“Hasrat Saleem Sertai Gegar Vaganza Tak Tercapai”

Hari ini industri tanah air bersedih dengan pemergiaan Saleem pagi tadi. Turut terkesan rakan seperjuangan, Zamani yang mendedahkan Allahyarham ada menyebut untuk menyertai program Gegar Vaganza.

“Kami ada berbual dan bergurau untuk masuk Gegar Vaganza beberapa tahun lalu. Saya terkilan tidak dapat bertemu dengan dia dalam keadaan sedar. Saya ada melawatnya selepas kemalangan namun dia tidak boleh bercakap”

“Allahyarham memang senang untuk memberikan kerjasama terutama ketika di studio rakaman. Suaranya memang tiada ganti. Kami berdua ada merakam sebuah lagu. Tetapi ia tidak pernah dilancarkan”

Tambah Zamani lagi, beliau berasa ralat menerima berita pemergian Saleem kerana beliau dan isteri sepatutnya melawatnya dua minggu lalu namun terpaksa membatalkan atas urusan peribadi.

“Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham bulan Disember lalu ketika konsert di Sabah. Saya agak ralat kerana sepatutnya saya dan isteri melawatnya dua minggu lalu namun dibatalkan kerana perlu pulang ke kampung,” jelasnya.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Saleem dan diharapkan mereka tabah menjalani dugaan ini. Selain keluarga, dilihat rakan selebriti juga turut bersedih dan mengucapkan takziah di laman sosial.

Sumber: Rotikaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *