Harga Runcit Petrol RON97 Naik 8 Sen, Petrol RON95 Dan Diesal Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia tadi memaklumkan bahawa harga minyak Petrol RON 97 naik manakala RON 95 dan Diesel kekal.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 25 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM2.68 seliter kepada RM2.76 seliter;

2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan

3. Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.46 seliter dan RM2.52 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 25 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM126.52 Juta.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia via Siakapkeli.my