“Guru Tak Patut Rotan Pelajar Perempuan”- Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

Guru tidak seharusnya bertindak merotan pelajar perempuan terutama sekali di bahagian-bahagian badan yang tidak sepatutnya.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mengulas lanjut bahawa larangan tersebut tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis panduan pengurusan disiplin dan kuasa merotan murid di dalam Peraturan 5, Ordinan Pelajaran 1957, lapor Awani.

Hukuman rotan adalah tidak dibenarkan untuk murid perempuan dan hukuman kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar.”

Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut mengenai tindakan guru yang merotan pelajar perempuan di beberapa bahagian badan kerana berkelakuan biadap di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor semalam.

Nie Ching berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan melibatkan kerjasama pihak polis.

“Saya yakin perkara ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan saya juga ingin memohon agar semua pihak dapat bertenang dan memberi ruang kepada Jabatan Pendidikan Johor dan pihak polis untuk menjalankan siasatan sewajarnya.”

Kata Ahli Parlimen Kulai itu, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam menerapkan elemen budah kebahagiaan, kasih sayang dan saling hormat-menghormati seperti yang sering dilaungkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Untuk rekod, viral di media sosial sejak semalam sebuah video menunjukkan ibu kepada pelajar sekolah menengah menyerang seorang cikgu lelaki. Difahamkan, ibu terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan cikgu tersebut merotan anaknya di bahagian lengan dan paha hingga meninggalkan kesan.

Menerusi video berdurasi kira-kira 2 minit tu, ibu itu mempersoal tindakan cikgu tersebut yang bertindak meroton anaknya selepas pelajar itu memanggil cikgu itu dengan gelaran ‘ah kua’ atau pondan.

Malah dilaporkan mereka telah membuat laporan polis diatas tindakan guru terbabit.

Sumber: Lobakmerah.com