“Guan Eng Beri Peruntukan RM12 Juta Untuk Sekolah Persendirian Cina” – Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Peruntukan berjumlah RM12 juta untuk sekolah persendirian Cina seperti yang diumumkan dibawah Belanjawan 2019 akan diberikan minggu hadapan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng atau lebih dikenali sebagai Nobita, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, lapor The Star.

“Kita telah mengumpulkan butiran akaun bank semua sekolah. Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan memberikan dana tersebut Jumaat depan di Kolej Universiti New Era.” – Teo Nie Ching.

Komplek 14 tingkat Sekolah Tinggi Persendirian Cina Chong Hwa. Gambar dari FB Hannah Yeoh.

Beliau berkata demikian ketika upacara pembukaan kompleks 13 tingkat Sekolah Tinggi Persendirian Cina Chong Hwa di Kuala Lumpur semalam, yang juga menyaksikan pelancaran Dataran Chong Hwa.

Gambar dari FB Hannah Yeoh.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, merangkap ahli parlimen DAP Segambut, Hannah Yeoh, Duta Khas ke China merangkap ahli parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, ahli parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng dan  wakil ahli parlimen DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Kesemua lima ahli parlimen DAP itu setiap seorang akan menghulurkan derma sebanyak RM10 000 kepada Sekolah Tinggi Persendirian Cina Chong Hwa.

Pada perkembangan berlainan, pada bulan lepas, Nobita memotong pula peruntukan kepada UTAR dan TAR UC kerana dikaitkan dengan MCA.

” Saya nasihatkan tahun depan, kita akan pertimbang (peruntukan yang lebih) tetapi pada masa yang sama, kita mahu pastikan bahawa terdapat pengasingan yang jelas diantara pendidikan dan politik. Kedua-dua UTAR dan TAR UC tidak boleh dimiliki oleh MCA” – Lim Guan Eng aka Nobita.

Pusat pengajian tinggi milik MCA itu hanya mendapat peruntukan geran pembangunan RM5.5 juta sahaja untuk tahun 2019.

Perbandingan peruntukan yang diberikan kerajaan pada ketika penubuhan sehingga 2019.

Sumber: TTKM