Gara-Gara Ditanya Soalan ‘Bila Nak Kawin’, Lelaki Ini Tetak Kawannya Sehingga Maut

Soalan paling ngeri untuk didengari bila saja tiba musim perayaan ini adalah mengenai jodoh. Bersediakah anda untuk menhadapi semua ini? Mungkin bukan setiap kali perayaan saja, malah hampir ada setiap hari orang bertanyakan tentang “bila nak kahwin?”.

Lain pula ceritanya di negara Indonesia, seorang lelaki berusia 52 tahun bertindak memotong rakan sekampungnya gara-gara sering dipersoalkan tentang jodoh. Ramai yang tidak berani bertanyakan soalah kahwin kepada lelaki ini sehingga mangsa berani berbuat demikian.

Walaupun ia dianggap sebagai jenaka sahaja, suspek mengambil serius dengan soalan berkenaan kerana tidak sesuai mengikut umurnya yang semakin meningkat.

Akibat daripada itu, mangsa dipotong dengan sebilah parang pada bahagian kepala dan meninggal dunia akibat berlaku pendarahan terlalu banyak pada keluarganya. Kemudiannya, suspek ditahan kerana mengancam keselamatan penduduk di situ.

Walaupun mereka sekampung dan sama tempat kerja, akibat dengan soalan yang sensitif tersebut ia boleh membawa kepada kematian.

Sumber: Tribunnews via Siakapkeli.my