Gara-Gara Cinta Ditolak, Lelaki Bangladesh Toreh Muka Wanita Ini..

PETALING JAYA – Gara-gara cinta ditolak, seorang wanita tempatan mengalami kecacatan kekal selepas mukanya ditoreh dengan pisau pemotong sayur oleh lelaki Bangladesh dalam kejadian di pusat beli-belah Tropicana City Mall di sini Khamis lalu.

Kejadian pada pukul 6.30 petang itu berlaku apabila mangsa berusia 24 tahun tersebut pergi ke pusat beli-belah berkenaan bersendirian sebelum diserang oleh suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an tersebut.

Difahamkan, mangsa dan suspek dikatakan telah bercinta sejak setahun lalu sebelum mang­sa mengambil keputusan untuk berpisah.

Mangsa bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat manakala suspek merupakan pekerja sebuah kedai aksesori telefon bimbit.

Sumber: Kosmo Online