Gaji RM800 Sebulan Mampu Kumpul RM12,000 Dalam Tempoh Tiga Bulan

TIDAK dapat dinafikan rata-rata anak muda kini sedang bergelut untuk terus hidup dek kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kalau dulu RM50 boleh dapat barang penuh satu troli, namun kini tidak lagi. Laporan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan, dua daripada 10 dewasa bekerja di Malaysia tidak mampu untuk menyimpan walaupun satu sen.

Bagaimanapun ianya tidak mustahil bagi pemuda ini dengan hanya gaji RM800 sebulan, dia mampu untuk menyimpan sebanyak RM12,000 dalam masa tiga bulan.

Menerusi Twitter, Syafiq Mustafa kongsikan rahsia untuk menyimpan wang walaupun bergaji kecil.

Ujar Syafiq, perkara pertama anda perlu lakukan ialah tetapkan matlamat terlebih dahulu. Betul juga, jika tiada matlamat maka tiada arah tuju. Katanya lagi, cari kerja sampingan untuk tambah pendapatan memandangkan gaji tetap tidak mencukupi.

Simpan duit hasil kerja simpanan dalam tabung. Paling penting, sorok tabung tersebut di tempat yang sukar untuk dijumpai. Syafiq juga memberitahu, jangan terlalu sayangkan duit dan percaya bahawa rezeki Allah ada dimana-dimana jika kita berusaha.

Antara tips penting lain ialah gunakan tabung kecil untuk menabung kerana ia membuatkan anda lebih bersemangat untuk pastikan tabung tersebut penuh. Dedah gaji sebulan hanya RM800 dan buat kerja tambahan sebagai jurugambar sambilan.

Ujar Syafiq lagi, tak semestinya kena kumpul sampai RM12,000. Ikut kemampuan masing-masing dan tidak perlu tetapkan tempoh 3 bulan seperti yang dia lakukan.

Ramai yang mungkin beranggapan sukar untuk menyimpan, tapi kalau anda tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun anda tak akan mempunyai duit simpanan. Mungkin anda boleh lakukan secara perlahan-lahan, bak kata peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Mula-mula mungkin macam susah sikit nak ikut cadangan Syafiq ni tapi kalau kita cuba perlahan-lahan, siapa tahu akhirnya berjaya juga menabung.

Kalau tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun tak dapat kumpul duit kan?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!