Emma Dan Syed Abdullah Didakwa Telah Bernikah

KUALA LUMPUR – Hubungan antara pelakon, Emma Maembong dan abang kepada menteri Kabinet, Syed Abdullah terus menjadi persoalan susulan penyebaran gambar bermesraan pasangan berkenaan.

Terbaharu timbul dakwaan mengatakan Emma dan Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abd. Rahman itu telah pun berkahwin

Dakwaan tersebut tular apabila seorang pengikut Instagram @memes_puaka mendedahkan bahawa Emma dan Syed adalah pasangan suami isteri.

“Mereka berdua telah bernikah. Syed telah menunjukkan gambar mereka ketika dalam penerbangan ke Dubai.

“Syed mahu berhenti jadi pramugara dan menceburkan diri dalam kerjaya seni. Syed sedang kumpul duit untuk mengadakan majlis sanding dan membeli rumah,” memetik komen berkenaan di laman Instagram milik memes_puaka hari ini.

Menurut komen itu lagi, pengguna laman sosial berkenaan mendedahkan perkara itu kepada umum selepas kasihan melihat Syed Abdullah teruk dikecam sehingga menimbulkan fitnah.

Dakwaan itu tular apabila seorang pengikut Instagram @memes_puaka mendedahkan bahawa Emma dan Syed adalah pasangan suami isteri.

Baru-baru ini, tular di laman sosial gambar panas melibatkan Emma atau nama sebenar,    Fatimah Rohani Ismail, 27, yang tidak bertudung bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30.

Penularan gambar itu menerima kecaman hebat selepas memaparkan Emma yang tidak berhijab dalam keadaan berpelukan dengan Syed Abdullah.

Sehingga setakat ini, kedua-dua pihak hanya memuatnaik kenyataan maaf secara terbuka di laman Instagram masing-masing tanpa mendedahkan status hubungan mereka.

Sumber: Kosmo Online