Dituduh Hamil Anak Orang, Rupa-rupanya Cyst Seberat 12kg Dalam Perut

Bermula lah kisah hidup seorang mahasiswi di UiTM Dungun pada hujung tahun 2013 bila aku diserang senak perut yang melampau dan perut yang semakin membuncit.

Tapi biasalah manusia, tak pernah nak alert dengan keadaan diri sendiri. Aku tak endahkan apa orang kata. Just let it go and anggap perut buncit tu sebab gemuk.

Sampai la satu tahap period dah semakin tak teratur. Sampai tahap lebih dari 15 hari. Paling runsing bila perut dah makin membesar dan mengeras.

Dalam tak sedar rupanya banyak mata yang perhatikan aku bila aku masuk pejabat kolej tu. Tetiba aku terdengar penyelia kolej panggil aku masuk bilik dia. “Dik dik sini kejap masuk bilik saya”.

Dengan perasaan bersahaja aku masuk bilik dia then tetiba telinga ku panas disapa “Dik, awak pregnant ke?!”

Oh God!!!! Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan cuak takut nak nangis nak blah semuanya bercampur baur. Gila kau terdiam aku dengar soalan macam tu.

Dalam hidup aku satu je, kalau aku takbuat hidup mati balik pun aku tak mengaku. Hahahaha tapi penyelia kolej tu masih tak puas hatj dengan jawapan aku bagi.

Tetiba je dia tarik tangan aku lalu bawak aku ke belakang (ke surau dalam office tu). Dia bawak aku masuk dan minta aku baring. Dengan muka terpinga pinga aku turutkan juga.

Dia pegang pegang taktahu apa yang dia nak sampai la kawan dia masuk dia cakap… “Eh takde rasa kepala baby pun. Perut dia keras macam ni je”.

Pendek cerita aku ikut je penyelia kolej tu pergi ke sebuah klinik di bandar Dungun. Sampai sampai je dia minta doctor check aku & terus minta scan perut yang oncet ni.

“Maaf puan, adik ni tak pregnant”. Dari baringan aku, aku nampak doktor tu pandang aku dengan satu berita yang kurang enak. Hambar senyuman dia.

Doktor tu pun cakaplah bebaik dengan penyelia kolej aku “Puan, dia tak pregnant tapi dia suspect CYST”. Terpinga pinga aku dibuatnya.

MashaAllah masa tu rasa macam nak hilang nyawa kejap. Time time tu lah nak teringat parent dekat kampung ni ha. Tak tahu la kenapa malang sangat nasib, dah la sakit dah tahap kritikal. Ehhhhh boleh pulak difitnah lagi sekali.

Kalini bukan setakat geng kolej tu tapi satu UiTM Dungun membuat satu pertuduhan tak rasmi dekat aku. Punya la bad luck aku ni. Kebetulan masa tu UiTM tengah famous dengan kes ni.

Ada ke patut cakap aku mak kepada baby yang teraniaya tu. What de heck!! Kalau tu anak aku takkan la masa tu perut aku membuncit lagi. Gentle aku cakap, lepas je di diagnosekan tu hari hari aku menangis.

Hari hari rasa give up. Mental koyak teruk kot dengan masa tu perut aku dah kritikal. Penat wehhh gi kelas jalan kaki hari-hari dengan bawak perut besar macam tu.

Result check up dengan specialist Hospital Dungun memang CONFIRM aku punya cyst tu dah tahap kritikal and i need Immediately Operation.

Doktor Hospital Dungun provide me refer letter sebab aku minta transfer HTAA Kuantan sebab parent & family semua dekat sana.

Masa aku dah transfer ke HTAA kuantan tu size cyst aku dalam 36cm dah. Then after beberapa kali appointment aku dapat exact date operation aku on 29 Januari 2014.

Derita masa tu Allah je yang tahu. Dengan debaran menunggu date operation lagi, lepastu nak kena buat itu ini untuk perubatan tradisional.

Hari yang dinanti telah tiba. Muka steady je lagi. Perasaan cuak takut semua tak boleh nak cerita dekat manusia. Berdebornyala nak tunggu esok hari tu.

Petang lepas warded tu, doktor yang handle kes aku ni panggil masuk bilik dia. Macam macam dia cakap dekat aku plus nak kena sign banyak gila term & condition apa semua.

Paling tak boleh lupa dia cakap “if any emergency case happen, i terpaksa remove your rahim, I’ll do for the sake of your life. Oh god!!! How i can continue my life without my rahim,”

29/1/2014 tarikh keramat dalam hidup aku. Aku ni jarang sakit tapi bila dah sekali sakit padunyaaaaaaaaa! Dalam OT tu tak payah cakap la rasa dedor dia tu macam nak tercabut jantung.

Sebab doctor dah pesan awal if there’s any complications dia akan buat segala benda yang aku dah sign hari sebelumnya tu  Aku punya major case.Ovarian cyst aku dah memenuhi ruang perut. I’m 50/50 guys!

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & dipermudahkan. Gambar ni Dr Huda HTAA yang bagi aku tengok. Dia cakap semua orang dalam operation room terkejut tengok size ovarian cyst aku ni this is very first time dorang handle ovarian cyst sebesar ni. It’s 12kg and 42cm.

Lesson yang aku dapat share bout cyst dengan seluruh kaum hawa bidadari syurga:

1. Kalau period tak teratur please guys cepat cepat pergi buat check up

2. Jaga pemakanan (avoid unhealthy food/cheese/soya)

3. Avoid pantiliner usage

4. Make sure your feminine part always kering.

Sumber : Nur Ezzati via ohmymedia.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *