Disambut Mesra Dr. Amalina, Adik Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di UK

Semalam adik Ainul Mardhiah yang menghidap Germ cell tumor telah berlepas ke United Kingdom bagi menjalani rawatan di sana, setelah Dr. Amalina Che Bakri telah menyusun atur rawatan bayi itu dengan doktor pakar.

Keberangkatan Ainul Mardhiah bersama ibu bapanya telah mendapat perhatian netizen yang turut mendoakan semoga kesihatan bayi itu kembali normal.

Alhamdulillah, dah selamat sampai..

Menerusi laman Facebook ayah Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin, dia telah berkongsikan maklumat terkini bahawa dia sekeluarga telah selamat tiba di United Kingdom.

Dalam muat naiknya, dia turut memanjatkan kesyukuran kerana anak sulungnya itu berjaya melepasi penerbangan yang lama dan dipermudahkan segalanya.

Penerbangan mereka yang turut ditemani dua orang doktor yang ditugaskan memantau kesihatan Ainul Mardhiah telah berjalan dengan baik.

Ahmad Saifiuddin juga memaklumkan, anaknya telah selamat ditempatkan di salah sebuah hospital di United Kingdom, dan ahli perubatan sedang memantau keadaan Ainul memandangkan dia mengalami gangguan oksigen berikutan penerbangan yang lama.

Dr. Amalina dah jumpa parents Ainul!

Berita ketibaan adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya, turut disambut oleh Dr. Amalina Che Bakri, yang telah memuat naik foto dan kapsyen memaklumkan bahawa pihak perubatan telah berjumpa ibu bapa Ainul bagi berbincang tentang proses rawatan selanjutnya.

Dr. Amalina juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus mendoakan kesejahteraan kesihatan adik Ainul Mardhiah.

Menerusi ruangan di media sosial, ramai yang telah menzahirkan rasa syukur atas ketibaan adik Ainul ke sana, dan mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sumber: https://www.ohmymedia.cc