“Dari Zaman Sekolah Dah Kerja” – Ramai Kagum Dengan Rider Ni, Kerja Tanpa Mengeluh Walaupun Tak Sempurna

Inilah yang patut kita jadikan contoh. Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tak guna status dia semata-mata untuk raih simpati atau minta bantuan. Lelaki yang bekerja sebagai rider dekat Food Panda baru-baru ni jadi viral lepas seorang customer dia upload video dekat Twitter.

“Saya amat kagum dengan insan istimewa ini. Full time rider Food Panda berpendapatan seminggu RM600-800. Tiada alasan untuk meraih rezeki yang halal daripada meminta sedekah seperti orang lain.”

Lepas dah viral, netizen pun dedahkan nama dan cerita tentang rider ni. Syahrain Fadzil berasal dari Sungai Buloh ni rupa-rupanya pernah viral satu ketika dulu disebabkan cara dia tunggang motor.

Dalam video tu, Syahrain sendiri ada cakap yang dia dah biasa tunggang motor dan so far, tak ada apa masalah yang dia lalui disebabkan keadaan diri yang macam tu.

“Dah biasa dah bawa motor.”

Walaupun tangan dia tak sempurna macam orang lain, Syahrain tak mengeluh dan sebenarnya dah mula bekerja sejak di bangku sekolah.

Ramai yang baca posting tu salute dengan Syahrain dan ada juga yang puji Food Panda kerana terima orang OKU bekerja sebagai rider.

Keadaan dan status Syahrain sebagai OKU ni buatkan ramai yang tersentuh sebab selalu mengeluh walhal dia tak pernah ambil kesempatan atau gunakan status dia sebagai tiket untuk tak bekerja.

Admin salute dan bangga dengan anak muda macam ni, apatah lagi dengan keadaan tak sempurna. Good job, semoga murah rezeki bro!

Sumber: Lobakmerah.com