“Ciri Lelaki Idaman Wany Hasrita Ialah Tall, Dark Dan Handsome”

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi wanita yang memiliki suara merdu, Wany Hasrita. Namanya semakin meningkat naik sejak lagunya yang bertajuk Menahan Rindu mendapat tempat di hati peminat.

Wany memberitahu kepada satu sumber, ramai yang cuba untuk berkenalan dengannya namun hanya sekadar menegur di laman sosial sahaja.

“Memang ada yang cuba cuba berkenalan dengan saya tetapi hanya berani di Instagram sahaja. Tidak serius pun.

“Kalau betul-betul serius datang jumpa ibu saya dahulu sebab ibu adalah individu paling rapat dan akan berada di mana-mana sahaja saya ada,” katanya kepada Astro Gempak.

Namun, baru-baru ini Wany kongsikan ciri-ciri lelaki idamannya dalam satu temubual rancangan radio.

“Saya sebenarnya tak ada taste. Saya tak kisah tapi kalau ikutkan ciri lelaki idaman saya ialah lelaki tinggi, kulit gelap dan kacak.

Sedikit info tentang Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita dilahirkan pada 25 Disember 1992 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Wany merupakan seorang graduan daripada sebuah unversiti swasta dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perubatan.

Tidak hanya pandai menyanyi malah Wany juga merupakan seorang yang bijak di dalam pelajaran.

Semoga perjalanan karier Wany dalam bidang seni akan bertambah maju.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *