Cawangan Parkson Suria KLCC Akan Tutup, Adakan Jualan Murah Besar-Besaran

Parkson merupakan pusat membeli-belah popular Malaysia, namun selepas dua dekad beroperasi, pihak Parkson dilaporkan akan menutup cawangannya di Suria KLCC.

Dibuka secara rasmi pada tahun 1998, Parkson antara penyewa terawal di Suria KLCC dengan keluasan 11,706 meter persegi. Ada sumber mengatakan, penutupan itu adalah salah satu usaha untuk pihak Suria KLCC mempelbagaikan penyewanya.

Bersempena dengan penutupan itu, Parkson Suria KLCC sedang melangsungkan ‘moving out sale’ sehingga 17 Februari ini.

Selain Suria KLCC, Parkson turut akan menutup cawangannya di Sungei Wang Plaza berikutan perubahan dinamik pasaran selain gaya perbelanjaan pengguna yang sudah berubah.

Antara barangan yang kini menjadi rebutan ramai tentu sekali minyak wangi, kasut dan baju. Ini adalah peluang anda untuk membeli-belah dengan tawaran menarik dan berbaloi.

Sumber: https://amazingnara.com