Bossku Turun Padang Melawat Mangsa Pencemaran Toksik

PASIR GUDANG 16 Mac – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kemunculan yang tidak disangka-sangka malam ini apabila hadir di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Gudang (MPPG) di sini.

Kehadiran beliau yang sedang mengadakan program selama tiga hari di negeri ini mengejutkan para petugas dan mangsa-mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang sedang bertugas dan mendapatkan rawatan.

Walaupun agak lewat apabila hadir pada pukul 10.30 malam, Najib tetap meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dan bertanyakan khabar serta perkembangan mangsa.

Terdahulu lebih 100  pengikut setia beliau yang kini popular dengan jolokan Bossku menunggu kehadirannya di pekarangan stadium dan difahamkan lawatan itu pada mulanya tiada dalam jadual Najib.

Sumber: Utusan Online