Bila YB Syed Saddiq Dicabar Menyanyi Lagu Selena Gomez. Ini Jadinya Habis Semua Tercengang

Jika dulu YB Khairy Jamaludin atau KJ terkenal dengan sifat sporting beliau melayan sebarang permintaan peminat atau pihak media, YB Syed Saddiq pula tidak kurang sportingnya juga.

Malah sejak diangkat oleh rakyat menjadi ahli parlimen ini, YB Syed Saddiq sering mendapat undangan pihak stesen TV mahupun radio. Maklum lah orang tengah hot, mengalahkan artis pastinya menjadi rebutan pihak tertentu dalam melariskan rating view TV atau radio.

Terkini, meskipun bukan seorang penyanyi tetapi ia tidak menghalang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menyahut cabaran menunjukkan bakat nyanyian secara lansung dalam Dbilique bergandingan dengan hos popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

Jom lihat video penuh di bawah di hujung artikel

Selain itu, disampaikan dengan santai dan menghiburkan, Saddiq ke konti mereka untuk segmen YB Masuk Bilik pada Rabu yang lepas (10 Oktober 2018).

Sewaktu ia bersiaran secara langsung, Saddiq dicabar untuk menyanyi beberapa buah lagu termasuk lagu hits dari Selena Gomez, Love You Like A Love Song.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menyanyikan beberapa buah lagu lain seperti, Gemuruh (Faizal Tahir) dan Mantera Semerah Padi (M.Nasir) bagi menyuntik semangat kepada para atlit di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.

Ramai yang memuji YB, boleh tahan juga sedap suara Syed Saddiq ni! Jom kita dengar.

Dikatakan kehadiran Syed Saddiq semestinya menarik minat ramai penonton, ini telah dibuktikan apabila segmen ini telah mencapai 17 ribu tontonan selepas disiarkan di Facebook Faizal Ismail FBI.

Sementara itu dalam program yang sama, netizen turut terhibur melihat gelagat Yb Syed Saddiq dan  Faizal lawan game bola kertas. Gelagat FBI memang sangat mencuit hati apabila beliau dikalahkan oleh YB dengan jaringan 3-0. Jom lihat video di bawah.

Jom baca apa komen netizen di bawah

1) Terer ah…da lame x main game cm nie. Favorite game masakecik2. dlu arwah adk main penuh rumah dgn kertas bersusun..miss my baby boy…al fatihah

2) Halamak…Abg @faizalfbi76 Sy banned this games kat my Y6 kids in school by saying permainan ni sesuai utk murid Tahap 1 yg masih lg kanak2 ribena tu…Sekali tgk, YB n bapa budak plak main benda alah nie…hadhoii!

3) DJ kepoh… Hehehehe. 3-0 abg faizal. Jemmmm hahahahahaha….rare set game bola ni..ade jual kat mane..@faizalfbi76

4) Walau sy perempuan.. Tapi game ni mmg. bola dia mesti guna pakai kertas alminium rokok lagi padu. Sure fixed games available now

Sumber: hangat.com