Berang Sikap Netizen, Fiza Halim Muat Naik Foto Tidak Berhijab “Aku Bukan Orang Baik, Aku Tak Suka Hipokrit!”

PELAKON Fiza Abdul Halim berang dengan sikap segelintir netizen yang sering mencari kesalahan terhadap penampilan seseorang artis.

Fiza berkata, komen dan nasihat yang diberikan seharusnya mempunyai batasan dan tidak keterlaluan.

“Pakai jubah pun kena kecam, nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom. Hebat, hebat.

“Nasihat boleh nasihat tapi biar berpada-pada dan paling best yang komen semua private account. Sebelum bercakap fasal aurat, mulut dan lidah kena jaga juga,” ujarnya.

Fiza memuat naik foto tidak bertudung dipercayai gambar lama miliknya.

Bekas anggota kumpulan Elite itu turut memuat naik foto tidak bertudung dipercayai gambar lama sebelum berpenampilan menutup aurat.

Dalam pada itu, Fiza berkata, dia bukan seorang yang baik namun sedang belajar ke arah itu.

“Aku mengaku aku bukan org baik, tapi aku perlahan-lahan nak belajar jadi baik. Aku tak suka hipokrit!” ujarnya.

Dalam pada itu, Fiza berkata dia juga tidak kisah jika kenyataannya ini membuatkan dia kehilangan peminat.

Malah baginya, rezeki yang diperolehi hari ini bukan bergantung kepada netizen.

Sementara itu, posting foto tidak bertudung itu mendapat perhatian pengikutnya yang meminta aktres itu memadam gambar tersebut.

Mereka juga berharap Fiza tidak terlalu membaca komen negatif sehingga menjejaskan emosinya.

Sumber: Mstar Online