Bekas Isteri Ude Wahid, Intan Liana Buka Tudung?

Selepas reda isu perceraian dengan bekas suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada Mac lalu, Intan Liana Saleh sekali lagi mengejutkan ramai apabila dikatakan berani membuka tudung seperti tersebar di laman sosial.

Sebut nama Intan Liana Saleh, pasti ramai yang mengenali wanita ini walaupun dia bukanlah seorang selebriti. Tetapi kisah bekas suaminya, pemuzik Ude Wahid yang berkahwin secara rahsia dengan pelakon Izreen Azminda, membuatkan Intan menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, Intan Liana mengejutkan banyak pihak apabila gambarnya tidak bertudung tersebar di media sosial. Intan yang dikenali dengan imej berhijab didakwa membuka tudung ketika menyertai pertandingan tarian baru-baru ini, bersama penari lain.

Lebih menguatkan lagi andaian peserta tersebut adalah Intan, rakannya turut berkongsikan gambar di Instagram. Jelas daripada foto berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata itu duduk di barisan hadapan bersama lima penari lain.

Difahamkan, Intan ada berkongsikan foto berita kejayaan mereka di Instagram miliknya, namun ianya dipadam selepas mendapat kecaman netizen.

Terdahulu, Intan merupakan seorang penari kebudayaan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Ude. Selepas bercerai, Intan pernah memberitahu dia ada terfikir untuk kembali menari namun membatalkan hasratnya itu kerana sudah berhijab. Ujarnya lagi, walaupun diduga, dia tidak akan sesekali membuka tudung.

Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila pelakon, Izreen Azminda, membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas, Ude, sejak 8 Ogos 2017.

Intan dan Ude bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun ini. Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Sebelum ini, ramai yang dikatakan berpihak kepada Intan melihatkan keperibadian wanita terbabit yang lemah lembut dan statusnya sebagai ibu tunggal yang berhijab.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *