Bayi 13 Bulan Maut Dikelar Ibu Yang Terdengar Bisikan Suara Ghaib

Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan maut disembelih oleh ibunya sendiri dalam kejadian jam 4 petang Rabu 23 Januari 2019 di Lombok Timur, Indonesia.

Suspek, Huriah, 36, didakwa membunuh anaknya sendiri, Muhammad Ridwan, 13 bulan, dengan menggunakan parang.

Ketua Polis Lombok Timur, Sugiarta berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah gangguan jiwa.

Berdasarkan keterangan dari saudara dan jiran suspek, wanita itu pernah dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana mengalami masalah gangguan jiwa.

Suspek yang telah bercerai dengan suaminya mendakwa, dia terdengar suara bisikan yang memberitahu bahawa anaknya adalah anak dajal.

Suspek kemudian membunuh anaknya dengan parang ketika mangsa berada di pangkuannya.

Selepas membunuh mangsa, suspek meletak mayat anaknya di lantai bilik dan memaklumkan kepada keluarga yang dia telah membunuh mangsa.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: The Reporter