Bapa Goncang Anak Sampai Mati, Ibu Merayu Hukuman Penjara Dipanjangkan

SELEPAS dua tahun berlalu, seorang ibu akhirnya berkongsi foto anaknya yang meninggal secara tragis.

Menerusi foto itu, Ruben Sweet-Harris, enam bulan, terbaring di hospital sambil memegang permainan kegemarannya.

Foto itu dirakam beberapa jam sebelum dia meninggal dunia, berpunca akibat kecederaan kerana digoncang oleh bapanya.

Tujuh bulan lalu, lelaki itu akhirnya menerima hukuman apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun empat bulan di Penjara Plymouth Crown.

Ia bagaimanapun disifatkan tidak masuk akal kerana perbuatannya yang zalim menyebabkan keluarga bekas isterinya membuat permohonan untuk memanjangkan tempoh hukuman.

Ibu Ruben, Aisha juga bakal membuat kemunculan dalam satu rancangan televisyen untuk berkongsi mengenai perkara itu.

“Ia terasa pelik, seperti episod tv yang aneh yang saya sendiri tak ada skrip untuk berbicara.

“Saya tak tahu apa perlu cakap nanti. Saya tahu apa yang berlaku tetapi sukar untuk diceritakan, ia macam tak masuk akal.

“Sukar apabila anda tak mampu nak ucapkan selamat tinggal kepada anak sendiri,” ujar ibu bayi malang itu.

Katanya lagi, dia juga pernah terfikir untuk membunuh diri disebabkan terlalu sedih dengan kematian anaknya.

Mengimbas peristiwa itu, bekas suaminya dikatakan menggoncang Ruben sehingga dia tidak sedarkan diri.

Ruben meninggal dunia selepas tiga hari dibawa ke hospital.

Sumber: Mstar Online