“Anak Saya Sama Seperti Anak Orang Lain”, Mat Sabu Serah Pada Pihak Berkuasa

Serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Itu kenyataan daripada ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu, berkaitan penahanan anaknya oleh p[olis akibat positif ganja.

“Saya telah dimaklumkan tentang penahanan anak saya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, oleh pihak polis hari ini.

“Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.

“Anak saya sama seperti anak orang lain, juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,” ujar beliau yang juga Menteri Pertahanan.

Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.

Ahmad Saiful Islam dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6  petang Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob memberitahu, selain Ahmad Saiful Islam, turut dibebaskan dengan jaminan polis ialah rakan suspek yang berusia 33 tahun.