AMK Selangor Desak Haziq Digantung Tugas SUSK Shamsul

SHAH ALAM – Gabungan Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama menggantung tugas, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) beliau, Haziq Abdul Aziz.

Ketua AMK Kuala Selangor, M. Rajavigneswaran berkata, ia adalah susulan daripada dakwaan Haziq mengaku terlibat dalam video lucah yang diyakini palsu memaparkan imej seorang kenamaan negara.

“Kami berpendapat imej kementerian itu dan Kerajaan Malaysia tercalar kerana konspirasi  terancang yang mirip berlaku 20 tahun lalu.

“Sewajarnya, SUSK tersebut tidak lagi dibenarkan berhubung rasmi dengan agensi dan juga orang awam demi menjaga kredibiliti kementerian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, beliau menegaskan tindakan segera perlu diambil supaya tidak timbul polemik-polemik lain yang boleh merosakkan reputasi dan usaha kerajaan mengembalikan negara atas landasan yang betul.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, sebuah video tular seorang lelaki mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan individu mirip seorang menteri.

Lelaki yang dikenali sebagai Haziq Aziz menerusi video kurang seminit itu mendakwa dia individu dalam video itu bersama seorang lelaki mirip seorang menteri di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah.

Kejadian itu turut didakwa berlaku di pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan baru-baru ini.

Sumber: Kosmo Online